KUALA LUMPUR, 12 September - Kerjasama erat antara Persekutuan dan Negeri, kita mampu memberi tumpuan kepada agenda masa depan iaitu menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau, pusat teknologi digital, medan latihan anak muda serta pembangunan insan berteraskan nilai MADANI, kata Perdana Menteri, Datuk SerI Anwar Ibrahim.
Beliau berkata semangat muafakat, saling percaya dan menyokong menjadi tunjang pembinaan negara sejak lebih enam dekad lalu.
"Malam ini saya berkesempatan bersama Premier Sarawak, pimpinan Persekutuan dan Negeri, serta komuniti di Kuching dalam suasana penuh keakraban.
"Semangat yang diwarisi daripada tokoh-tokoh terdahulu seperti Tun Jugah, Tun Abang Openg dan Almarhum Tunku Abdul Rahman menzahirkan keikhlasan, kebersamaan dan cinta kepada rakyat sebagai asas yang mengatasi segala cabaran.
"Hari ini, nilai itu wajib kita pelihara dan perkuatkan. Sarawak terus menjadi contoh negeri yang rukun, jauh daripada politik kebencian kaum dan agama.
"Perpaduan serta kestabilan politik inilah kunci kepada Malaysia yang aman dan makmur", kata Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook.