KUALA LUMPUR, 8 Mac - RTM kekal memainkan peranan, sebagai medium penyampaian informasi sahih kepada penonton.
Perkara itu, diakui Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Kerjasama PDRM dengan RTM amat signifikan dalam menyalurkan sebarang perancangan dan hasil terkini siasatan polis.
"kita mengeratkan lagi kerjasama di antara PDRM perak dan RTM.
"kita juga membantu menghebahkan apa juga kegiatan ataupun perancangan oleh polis untuk bantu orang ramai supaya tidak menjadi mangsa jenayah.
"Pada masa yang sama dapat kita eratkan PDRM dan RTM di dalam kita kerjasama yg lebih erat selain berita yang disampaikan tepat sahih untuk manfaat semua sekali", kata Yusri selepas mengetuai Rombongan bersama Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Perak di Angkasapuri Kota Media,di sini.