fb fb fb fb fb

Kereta terjunam dalam sungai, tiga sekeluarga selamat

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

SIMPANG EMPAT, 8 Julai- Tiga sekeluarga melibatkan suami isteri dan anak lelaki mereka berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai dalam keadaan terbalik, petang semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran Kampung Tok Pulau di Perlis itu dilaporkan kepada bomba pada pukul 3.11 petang.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Empat diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Abd Halim Mohd Zain bergegas ke lokasi kejadian.

Tiga mangsa terselamat termasuk dua yang terperangkap dalam kenderaan tersebut berjaya di bawa keluar oleh orang awam.

Namun, wanita dan kanak-kanak lelaki itu didapati tidak sedarkan diri ketika bomba tiba.

Kedua-duanya diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) oleh bomba sebelum kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah menaiki ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan selanjutnya.

SITI AISHAH MD ISA