fb fb fb fb fb

Kerajaan tingkat sokongan bagi pembangunan teknologi baharu

Menteri Digital Gobind Singh Deo di Persidangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan (AI)

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Kerajaan memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran yang menyokong inovasi serta pertumbuhan industri dalam era digital masa kini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata bahawa meskipun kerajaan menyedari kepentingan kemajuan teknologi, ia turut memahami bahawa sektor industri memerlukan asas, kemudahan dan infrastruktur yang kukuh bagi membolehkan penggunaan serta pembangunan teknologi baharu.

"Kita memastikan bahawa apa yang kita bincangkan benar-benar diterjemahkan kepada tindakan. Kita juga perlu memahami bahawa kerajaan berada di sini untuk menyokong anda, dan pada masa yang sama kerajaan juga memerlukan panduan dan perbincangan. Saya yakin bahawa apabila kita berganding bahu, kita bukan sahaja dapat membina ekosistem yang memberi manfaat kepada semua, tetapi akhirnya juga memastikan tiada sesiapa pun yang ketinggalan dalam dunia baharu transformasi digital ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan (AI) di sini hari ini.

Tambahnya, usaha ini dapat memperkasakan industri untuk memanfaatkan ekosistem yang dibangunkan bagi menyediakan teknologi yang diperlukan, sekali gus membolehkan penyelesaian kepada masalah lampau yang dapat ditangani melalui teknologi masa kini.

AZRUL FAIZAL JUSOH