Kerajaan perkukuh langkah hadapi cabaran ekonomi global

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi global yang semakin mencabar ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenaikan harga komoditi dunia memberi kesan langsung kepada kos operasi dan rantaian bekalan.
  • Perdana Menteri mengingatkan keadaan sekarang lebih rumit; jangan samakan Mei dengan Februari.
  • Malaysia mengekalkan harga bahan api BUDI95 pada RM1.99 seliter walaupun pengeluar lain menaikkan harga.
  • Keputusan itu bertujuan mengimbangi kestabilan ekonomi dan melindungi kebajikan golongan pekerja.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan situasi semasa termasuk kenaikan harga komoditi dunia memberi kesan langsung kepada pelbagai sektor, khususnya melibatkan kos operasi dan rantaian bekalan.

“Kerajaan insya-Allah akan terus bekerja bertungkus lumus mengambil langkah-langkah yang perlu. Tetapi jangan kita andaikan bulan Mei sama dengan bulan Februari kerana keadaan lebih rumit,” katanya

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia masih mengekalkan harga bahan api BUDI95 pada kadar RM1.99 seliter meskipun kebanyakan negara pengeluar minyak telah menaikkan harga.

Menurut Perdana Menteri lagi, keputusan tersebut diambil bagi mengimbangi keperluan menjaga kestabilan ekonomi negara serta melindungi kebajikan rakyat, khususnya golongan pekerja.