
KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kemudahan Touch ’n Go eWallet PayDirect kini dilaksanakan secara menyeluruh di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), sekali gus menjadikannya lebuh raya antara negeri pertama di Malaysia yang menawarkan sistem tersebut.
- PayDirect membolehkan sambungan kad Touch ’n Go ke eWallet; caj tol ditolak automatik dari baki eWallet tanpa tambah nilai manual.
- Pelaksanaan mencerminkan komitmen WCE terhadap transformasi digital, memfokuskan kemudahan pengguna, kecekapan aliran trafik dan ekosistem lebuh raya tanpa tunai.
- Pengenalan PayDirect memperkukuh kedudukan WCE sebagai lebuh raya berteraskan teknologi dan menetapkan penanda aras operasi antara negeri melalui inovasi.
Menurut kenyataan pengendali lebuhraya berkenaan, PayDirect membolehkan pengguna menghubungkan kad Touch ’n Go dengan eWallet, di mana “caj tol akan ditolak secara automatik daripada baki eWallet tanpa keperluan tambah nilai secara manual, sekaligus meningkatkan kelancaran perjalanan.”
Pelaksanaan itu, mencerminkan komitmen berterusan WCE dalam memacu agenda transformasi digital dengan penekanan kepada kemudahan pengguna, kecekapan aliran trafik serta peralihan ke arah ekosistem lebuh raya tanpa tunai sepenuhnya.
“Dengan pengenalan PayDirect, WCE terus memperkukuh kedudukannya sebagai lebuh raya berteraskan teknologi dan bersedia masa hadapan, selari dengan keperluan mobiliti moden.” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, pencapaian berkenaan turut menetapkan penanda aras baharu dalam operasi lebuh raya antara negeri melalui pendekatan inovasi dan penyampaian infrastruktur berimpak tinggi.