Kepelbagaian budaya bukan penghalang perpaduan Malaysia

Foto Facebook Datuk Seri Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 14 November – Perbezaan budaya dan kepercayaan bukan penghalang masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk saling memahami, menghormati dan bergerak ke hadapan bersama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Deepavali dijadikan platform memperkukuh perpaduan; tema 'Cahaya Deepavali Semarak Perpaduan' mencerminkan semangat itu.
  • Fahmi berharap cahaya Deepavali membawa kebaikan, mengeratkan hubungan dan menguatkan semangat kebersamaan.
  • Perdana Menteri, beberapa menteri dan pemimpin perniagaan hadir pada Sambutan Hari Deepavali Kebangsaan di Little India, Brickfields.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menerusi hantaran Facebook menyifatkan sambutan Deepavali sebagai platform penting dalam memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Semoga cahaya Deepavali terus membawa kebaikan, mempererat hubungan sesama kita dan menguatkan lagi semangat kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
Deepavali Nal Valthukkal!

“Tema tahun ini, ‘Cahaya Deepavali Semarak Perpaduan’, cukup dekat dengan kita sebagai sebuah negara majmuk,” menurut hantaran itu.

Datuk Seri Fahmi yang turut menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Hari Deepavali 2026 Peringkat Kebangsaan di Little India, Brickfields di ibu negara.

Majlis itu juga dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh serta Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) Datuk Seri N. Gobalakrishan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.