
KUALA LUMPUR, 15 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri serta Kuala Lumpur sehingga 5 petang ini.
- Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka dijangka dilanda cuaca buruk.
- Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Sik, Padang Terap, Baling dan Pokok Sena terjejas.
- Pulau Pinang melibatkan bahagian Timur Laut dan Barat Daya; Perak: Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim.
- Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Selangor, Hulu Langat; Negeri Sembilan: Rembau, Port Dickson; Sarawak dan Sabah terlibat.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka.
Amaran sama turut melibatkan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Sik, Padang Terap, Baling dan Pokok Sena), Pulau Pinang (Timur Laut dan Barat Daya) serta Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Di Selangor kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Rembau dan Port Dickson.
Sementara itu, di Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Kuching (Kuching dan Bau), Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Pakan) serta Serian (Siburan).
Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Kudat (Pitas dan Kota Marudu), Pantai Barat (Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan), Sandakan (Telupid dan Paitan) serta Pedalaman (Tambunan). – BERNAMA