fb fb fb fb fb

Kemudahan bas percuma disediakan sempena Sambutan Hari Malaysia

PERINGGIT, 14 September- Kerajaan Negeri Melaka melalui Panorama menyediakan kemudahan bas henti-henti secara percuma kepada pengunjung yang ingin hadir ke Dataran Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir sempena Sambutan Hari Malaysia 2022, Jumaat ini.

Kemudahan tersebut boleh digunakan seawal pukul 5.00 petang hingga 1.00 pagi.

Pengurus Besar Panorama Melaka, Datuk Abu Bakar Abdul berkata, kemudahan tersebut bermula daripada Pulau Melaka dan akan melalui jalan sekitar Melaka Raya dan Banda Hilir dengan kekerapan minimum 10 hingga 15 minit.

Tambahnya, sebanyak dua buah bas disediakan sebagai bas shuttle pada hari tersebut.

Pengurus Besar Panorama Melaka, Datuk Abu Bakar Abdul

Menurutnya, penyediaan bas ulang alik itu bertujuan memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Banda Hilir.

Media Baharu