Kementerian Perpaduan teliti cadangan anjur Hari Muzium pada skala lebih besar

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. / Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Kementerian Perpaduan Negara sedang meneliti cadangan menganjurkan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada skala lebih besar dengan penglibatan pelbagai agensi dan komuniti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuan memperluas penyertaan masyarakat untuk memelihara dan menghargai warisan negara.
  • Keistimewaan sambutan tahun ini: pameran koleksi artifak dan warisan unik dari seluruh negara.
  • Menteri hargai tajaan pameran dan berharap acara ini akan dianjurkan lebih banyak pada masa hadapan.
  • Sambutan menampilkan pelbagai pameran termasuk makanan tradisional dan seni kraftangan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata langkah itu bertujuan memperluas penyertaan masyarakat dalam usaha memelihara serta menghargai warisan negara.

Jelasnya, keistimewaan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa dapat disaksikan menerusi penganjuran tahun ini yang mempamerkan koleksi artifak dan warisan unik dari seluruh negara.

“Saya amat berterima kasih atas tajaan pameran pada tahun ini dan kita berharap ia akan diadakan dengan lebih banyak lagi pada masa hadapan,” katanya.

Datuk Aaron berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di sini, hari ini.

Sambutan ini menampilkan pelbagai bentuk pameran meliputi makanan tradisional sehinggalah seni kraftangan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.