fb fb fb fb fb

Kemajuan projek ECRL capai 64% - Anthony Loke

Foto MOT

SEPANG, 2 April- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencatat kemajuan sebanyak 64 peratus, setakat Mac 2024.

Ini bagi keseluruhan jajaran yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Terowong Berkembar Genting dijangka dapat mencapai penembusan pada suku kedua tahun 2025.

Sekali gus menjadikannya sebagai terowong rel terpanjang di Asia Tenggara. 

"Kerja-kerja pengorekan Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer (km) dengan kombinasi kaedah "gerudi dan letup" berserta mesin pengorek terowong telah mencapai kedalaman melebihi 8km," katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kementerian Pengangkutan dan ECRL serta pihak berkepentingan projek ECRL di sini.
 
Tambahnya, kerja-kerja jambatan projek ECRL juga berjalan lancar dengan pemasangan rasuk jejambat untuk 115 jambatan daripada 219 jambatan telah berjaya disempurnakan pada Februari 2024.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM