fb fb fb fb fb

Keluarga Diraja Kedah sumbang barang keperluan harian kepada asnaf sempena Ramadan

ALOR SETAR, 28 Mac- Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan keluarga Diraja baginda perkenan untuk mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian berupa makanan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini sempena menyambut bulan Ramadan.

Barangan keperluan harian tersebut dikurniakan secara simbolik oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin kepada pegawai-pegawai daerah di Wisma Darul Aman, di sini.


(Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin menyaksikan upacara
penyampaian tersebut di Wisma Darul Aman, di sini)

Barangan tersebut akan diagihkan kepada penerima yang berkelayakan di daerah masing-masing.

Kurniaan sumbangan tersebut menunjukkan keprihatinan Sultan Kedah dan keluarga Diraja Baginda terhadap golongan yang memerlukan bagi menyambut Ramadan tidak lama lagi.

Dengan kurniaan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga yang terlibat dan memastikan rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya.

Media Baharu