
KUALA MUDA, 16 Mei – Beberapa kawasan pesisir pantai di daerah ini dan Kuala Kedah, Kota Setar dilanda air pasang tinggi, tengah hari tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Banjir akibat air pasang tinggi dilaporkan di Kampung Huma, Daerah Kuala Muda.
- Pemantauan lokasi dijalankan dan jumlah rumah terjejas masih dalam bancian.
- Air pasang tinggi turut berlaku sekitar Jeti Kuala Kedah dan Port Padang Garam.
- Semua penduduk sekitar muara dan pesisir laut dinasihat sentiasa berhati-hati.
Kejadian telah mengakibatkan beberapa kediaman penduduk, dimasuki air.
Kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri memaklumkan, di Daerah Kuala Muda, air pasang tinggi menyebabkan banjir di Kampung Huma.
Pemantauan turut dilakukan di lokasi dan jumlah rumah terjejas masih dalam bancian.
Sementara itu di Kuala Kedah, air pasang tinggi berlaku sekitar kawasan Jeti Kuala Kedah dan Port Padang Garam.
Semua penduduk yang berada sekitar muara dan pesisir laut, dinasihat sentiasa berhati-hati sepanjang kejadian air pasang tinggi.