Belia beradaptasi dengan kemajuan teknologi

Kekuatan setiap generasi perlu dibina secara holistik/Foto RTM

SENDAYAN, 16 Mei – Konvensyen Belia Kebangsaan 2026 mempersiap golongan muda mendepani kemajuan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh nilai kemanusiaan golongan muda melalui program untuk meneguhkan budaya dan kehidupan seharian.
  • Membina kekuatan setiap generasi secara holistik dari masa ke masa bagi menghadapi cabaran era.
  • Menyediakan platform strategik menghimpun belia membincang dasar, inovasi dan hala tuju kepimpinan masa depan.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Ashwad Ismail yakin penganjuran program itu, berupaya memperkukuhkan nilai kemanusiaan golongan sasar.

“Kekuatan setiap generasi perlu dibina dari masa ke masa secara holistik untuk memperteguhkan budaya dalam kehidupan seharian.

“Setiap era mempunyai cabarannya yang membantu kita untuk beradaptasi dengan kemajuan teknologi serta dinamika perubahan,”katanya selepas program Konvensyen Belia Kebangsaan.

Program tahunan itu merupakan platform strategik menghimpunkan ratusan belia seluruh negara bagi membincangkan dasar, inovasi, dan hala tuju kepimpinan masa depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.