Karnival Anak Muda Melaka dijangka tarik penyertaan lebih 50,000 belia

Pelbagai pengisian telah disusun khusus untuk golongan belia 

AYER KEROH, 26 Ogos – Lebih 50,000 belia dijangka menghadiri Karnival Anak Muda Melaka yang dijadual berlangsung pada 4 hingga 6 September depan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengisian meliputi pendidikan, kerjaya, automotif dan sukan disusun khusus untuk golongan belia.
  • Kerajaan Negeri berharap karnival menjadi wadah untuk belia memperoleh maklumat, membina jaringan dan menyuarakan pandangan.
  • Penganjur menyediakan pengisian lengkap bagi pengunjung, memberi peluang berinteraksi serta memanfaatkan program disediakan.

Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk V P Shanmugam berkata pelbagai pengisian merangkumi antaranya pendidikan, kerjaya, automotif serta sukan telah disusun khusus untuk kumpulan sasar.

“Kerajaan Negeri berharap karnival berkenaan menjadi wadah generasi muda memperoleh maklumat, membina jaringan serta menyuarakan pandangan berkaitan pelbagai isu menerusi peluang yang telah disediakan.

“Penganjurannya juga mempunyai pengisian lengkap kepada pengunjung,”katanya selepas Istiadat Penganugerah Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari
Jadi Ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.