fb fb fb fb fb

Kapal tangki Monrovia ditahan APMM di Tanjung Sedili

KOTA TINGGI, 27 Jun - Sebuah kapal tangki pengangkut gas petroleum cecair (LPG) yang berdaftar di Monrovia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor petang semalam kerana bersauh tanpa kebenaran.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata kapal tersebut ditahan pada kedudukan 14.5 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, di sini.

(Kapal yang didaftar di Monrovia itu ditahan pada kedudukan 14.5 batu nautika
timur laut Tanjung Penawar)

"Kapal dikendalikan 16 kru terdiri daripada lapan lelaki Korea Selatan dan lapan lagi warga Indonesia berumur 21 hingga 52 tahun.

"Semua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Pemeriksaan ke atas dokumen kapal mendapati nakhoda telah gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Nakhoda dan seorang kru dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Media Baharu