fb fb fb fb fb

Kanak-kanak OKU ditemukan lemas di Sik

Muhammad Izhar Arshad, 11 tahun

SIK, 11 Mac- Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran terjawab selepas mangsa ditemukan lemas, malam tadi.

Muhammad Izhar Arshad, 11, ditemukan di dasar Sungai Muda di Kampung Tala, Jeneri, Sik, Kedah pada pukul 8.00 malam, kira-kira tiga jam selepas mangsa dilaporkan hilang.

Mangsa dilaporkan hilang sekitar pukul 5.00 petang sebaik bapanya pulang daripada bekerja, manakala ibunya yang merupakan seorang jururawat sedang bertugas di sebuah klinik kesihatan berdekatan.

Pengarah Pasukan Bomba dan Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 malam dan  lapan anggota bersama jentara digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi yang turut disertai oleh penduduk kampung menemukan mangsa di dasar sungai selepas menjumpai pakaian mangsa di tebing sungai terbabit.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk proses bedah siasat di Hospital Sik.

1103 KANAK KANAK OKU LEMAS KEDAH
Jenazah, Muhammad Izhar Arshad, 11 tahun ditemukan lemas di Sungai Muda, malam tadi

SITI AISHAH MD ISA