Kanak-kanak maut, 11 cedera nahas tiga kenderaan

Foto Bomba Pahang

KUANTAN, 25 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Segamat-Kuantan, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan pada 1.12 pagi.
  • Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.
  • Kemalangan melibatkan Proton Saga, Perodua Alza dan Axia; setiap kenderaan dinaiki empat individu.
  • Bomba mengeluarkan mangsa dalam Proton Saga; mangsa cedera diserahkan kepada KKM, kes diserahkan polis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.12 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kemalangan melibatkan Proton Saga dan Perodua Alza serta Axia yang masing-masing dinaiki empat individu.

“Bomba melaksanakan operasi mengeluarkan mangsa di dalam kenderaan Proton Saga dan seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit dalam kereta itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas KKM untuk rawatan manakala kanak-kanak yang meninggal dunia kepada polis untuk tindakan lanjut. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.