fb fb fb fb fb

Kanak-kanak 8 tahun maut dihempap runtuhan dinding rumah

Kawasan mangsa Wan Abdul Aziz Wan Mohd Sholehhuddin, 8 tahun dan adiknya, Wan Mohd Baihaqi, 4 tahun bermain

BALING, 13 Februari- Salah seorang daripa dua beradik bermain di tepi dapur rumahnya yang sedang dalam pembinaan maut dihempap dinding simen yang tumbang secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku di Kampung Padang Lalang Besah, Mukim Tawar, Kuala Ketil dekat Baling, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Shamsudin Mamat berkata, ketika kejadian, mangsa, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Sholehhuddin, 8 tahun dan adiknya, Wan Mohd Baihaqi, 4 tahun, sedang bermain di sekitar tempat pembinaan tambahan ruang dapur rumah tersebur.

Ketika itu ibu mereka sedang memasak di dapur telah memberi amaran beberapa kali dan mengingatkan anak-anaknya supaya tidak bermain di kawasan ruang tambahan dapur yang dibina oleh suaminya.

Ibu mangsa juga menyuruh kedua-dua anaknya masuk ke dalam rumah namun tidak diendahkan dan bermain seperti biasa di kawasan tersebut.

"Saya medengar bunyi yang sangat kuat dari kawasan anak-anaknya bermain. Saya terus ke kawasan dapur itu dan mendapati seluruh badan Wan Abdul Aziz telah ditimpa dari belakang dengan bata-bata dinding dan menyebabkan pendarahan keluar daripada badannya.

"Seorang lagi turut ditimpa runtuhan namun hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan.

Ibu mangsa kemudian menghubungi suaminya yang bekerja di sebuah kilang kenderaan di Padang Meiha, Kulim dan meminta bantuan jiran untuk menghantar kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Tawar.

Bagaimanapun doktor mengesahkan Wan Abdul Aziz telah meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat yang dijadualkan pada hari ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI