fb fb fb fb fb

KADA pasarkan 320 tan metrik beras di setiap PPK

(Majlis Pelancaran Jualan Beras Putih Tempatan di PPK KADA, di Gunong, Bachok hari ini)

BACHOK, 7 Oktober- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan memasarkan sebanyak 320 tan metrik beras di setiap kedai Peladang yang dimiliki Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Kelantan.

Pengerusinya, Muhammad Husin berkata, langkah itu diambil bagi menangani kekurangan beras putih tempatan dalam pasaran.

Beliau berkata, sebanyak 13 PPK terlibat dalam program ini dengan PPK Sri Gunong, Bachok menjadi pengedar utama beras yang diperolehi daripada pengilang. 

Katanya, bagi fasa pertama sebanyak 32 tan metrik beras telah berjaya diperolehi dan ianya akan diagihkan kepada PPK dengan jumlah sebanyak dua tan metrik.

Ujarnya lagi, tindakan memasarkan beras di setiap PPK akan dibuat secara berterusan sehingga bekalan beras putih tempatan stabil.

"Untuk fasa pertama ini sebanyak 32 tan metrik beras telah berjaya diperolehi dan ianya akan diagihkan dua tan metrik bersamaan 200 paket ke setiap PKK secara keseluruhan. Dianggarkan 320 tan metrik beras akan dipasarkan di kedai-kedai peladang milik PPK langkah ini akan berterusan sehingga bekalan beras putih tempatan stabil nanti," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Jualan Beras Putih Tempatan di PPK KADA, di Gunong, di sini, hari ini.


(Pengerusi KADA, Muhammad Husin)

Muhammad berkata sebagai jelapang kedua terbesar negara, KADA kini memiliki 26,833 hektar petak padi yang diusahakan oleh petani. 

Media Baharu