
KLUANG, 9 Julai – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan sejumlah perjawatan kakitangan kesihatan yang baharu bagi mengisi keperluan jawatan itu khususnya doktor dan petugas perubatan di hospital-hospital, seluruh negara.
- KKM bertanggungjawab melaksanakan pengisian perjawatan dan menentukan pengagihan penempatan mengikut keperluan.
- Beberapa isu kesihatan masih belum diselesaikan dan sedang dibincangkan secara aktif dengan pihak kementerian.
- Ketua Pengarah mengingatkan pegawai awam memelihara amanah, menghargai kepercayaan kerajaan dan memperkukuh kerjasama merentas kementerian.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan pengisian perjawatan tersebut termasuk menentukan pengagihan penempatan mengikut keperluan hospital.
“Kita menyedari banyak perkara yang belum diselesaikan berkaitan isu kesihatan dan perkara ini sedang dalam perbincangan aktif dengan pihak kementerian.
“KKM telah diberikan mandat untuk melaksanakan dari segi pengisian terutamanya doktor dan lain-lain hal berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Dialog Aspirasi Perkhidmatan Awam
Madani di sini, hari ini.
Tan Sri Wan Ahmad Dahlan menerusi program dialog berkenaan mengingatkan, seluruh pegawai awam terus memelihara amanah, menghargai kepercayaan diberikan kerajaan serta
memperkukuh kerjasama menrentas kementerian dan jabatan bagi memastikan Reformasi Perkhidmatan Awam Madani benar-benar dirasai rakyat.