Johor umum Bantuan Deposit Sewa Rumah untuk Bangsa Johor

Datuk Onn Hafiz Ghazi/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 15 Ogos – Kerajaan Johor mengumumkan pemberian Bantuan Deposit Sewa Rumah untuk Bangsa Johor, bermula awal tahun hadapan, melibatkan 10,000 penerima bagi
fasa pertama yang akan memperoleh RM1,000 setiap seorang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penerima akan menerima RM2,500 Bantuan Sewa Rumah, menjadikan jumlah keseluruhan RM3,500 setiap seorang.
  • Kerajaan mahu meluaskan bantuan kepada bukan sahaja Bangsa Johor tetapi juga mereka berhijrah, termasuk penjawat awam Persekutuan: jururawat, guru, polis, tentera.
  • Pengumuman dibuat semasa Majlis Penyampaian Inisiatif Perumahan Kasih Johor; syarat kelayakan: individu bermaustatin dan bekerja di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penerima juga memperoleh RM2,500 bagi Bantuan Sewa Rumah, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,500 setiap seorang.

“Kita juga mahu memperluas bantuan ini supaya bukan sahaja Bangsa Johor yang mendapat manfaat, tetapi turut melibatkan mereka yang berhijrah ke Johor, khususnya penjawat awam Persekutuan.

“Ia seperti jururawat, guru, anggota polis dan mungkin anggota tentera yang telah berpindah serta berkhidmat di Johor. Kita akan pertimbangkan bantuan ini untuk mereka juga, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Inisiatif Perumahan Kasih Johor di Stadium Tertutup Arena Larkin, di sini.

Syarat kelayakan bantuan, terpakai kepada individu bermaustatin dan bekerja di Johor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.