Jerebu : Fasiliti kesihatan di Melaka siap siaga hadapi sebarang kemungkinan

Pemantauan terus dipertingkat, walaupun Jabatan Kesihatan Negeri Melaka belum menerima sebarang kes berkaitan jerebu

AYER KEROH, 26 Ogos – Persediaan awal dilaksana Melaka termasuk kesiapsiagaan fasiliti kesihatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan cuaca panas dan jerebu ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Melaka laksanakan persediaan awal menghadapi kesan cuaca panas dan jerebu.
  • Kesiapsiagaan dijalankan di fasiliti kesihatan negeri untuk sebarang kemungkinan.
  • Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar ketika cuaca panas.
  • Segera dapatkan rawatan jika alami gejala strok haba atau masalah pernafasan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem memaklumkan, walaupun Jabatan Kesihatan Negeri belum menerima sebarang kes berkaitan jerebu, namun pemantauan terus dipertingkat.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang kes penyakit berkaitan jerebu atau strok haba.

“Namun, kesiapsiagaan tetap dilaksana di fasiliti kesihatan negeri dengan meningkatkan pemantauan,”katanya ditemui selepas Istiadat Penganugerah Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Orang ramai turut dinasihat mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan kegiatan luar ketika cuaca panas dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala berkaitan strok haba atau masalah pernafasan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.