fb fb fb fb fb

Jenazah Komander Muhamad Amir dikebumikan di FELCRA Bukit Kepong

Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam FELCRA Bukit Kepong, Muar

SEGAMAT, 24 April- Suasana hiba dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam FELCRA Bukit Kepong, Muar, menunggu ketibaan jenazah allayarham Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad.

Jenazah dijangka dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, ke FELCRA Bukit Kepong, pukul 2 petang nanti, selepas selesai bedah siasat.

Ahli keluarga mangsa kini berada di kediaman allayarham, menunggu kenderaan membawa jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan.

Ketibaan jenazah turut dinantikan warga FELCRA Bukit Kepong.

Komander Muhamad Amir antara 10 kru disahkan meninggal dunia selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut, Perak, semalam.

Allahyarham mendirikan rumahtangga dengan Marliyati Basri dan mempunyai tiga cahaya mata, berumur empat, 13 dan 16 tahun.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE