fb fb fb fb fb

Jemaah Menteri setuju kekal dasar sedia ada permohonan sijil halal

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 September- Jemaah Menteri hari ini bersetuju mengekalkan dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersifat sukarela seperti dilaksanakan sejak tahun 1974.

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, dasar sedia ada yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) itu kekal dan terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

Justeru, jelasnya JAKIM menggesa pemain industri agar memohon SPHM memandangkan ia boleh memberi jaminan dan menarik pelanggan beragama Islam untuk makan tanpa keraguan di premis berkenaan.

Tambahnya lagi, bagi menggalakkan pihak industri memohon SPHM khususnya dalam kalangan industri mikro dan kecil, pihak berkepentingan termasuk agensi pembimbing usahawan dalam bentuk latihan dan bimbingan srta geran kepada pihak industri pastikan produk atau perkhidmatan ditawar boleh dipersijilkan.

JAKIM juga turut perkenalkan inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia bagi percepatkan pengurusan pensijilan halal Malaysia dalam tempoh 30 hari.

Daripada usaha itu, statistik menunjukkan sebanyak 96 peratus permohonan berjaya diuruskan dalam tempoh 30 hari sepanjang Januari hingga Julai 2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE