fb fb fb fb fb

JaminKerja Keluarga Malaysia: lebih 42,000 individu telah mendapat kerja setakat Januari- PM

PUTRAJAYA, 3 Mac- Sebanyak 42,166 orang telah mendapat kerja manakala 1,200 pekerjaan baharu berjaya diwujudkan pada Januari lalu.

Kejayaan itu mencerminkan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin pulih dengan pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia turut membuktikan bahawa inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia berada di landasan yang tepat, bagi mencapai sasaran penciptaan 600,000 pekerjaan pada tahun ini.

"Mengimbas kembali kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2021, kerajaan dengan kerjasama bersepadu pelbagai kementerian, agensi pelaksana dan sektor swasta telah berjaya menempatkan 558,633 pekerjaan. 

"Pencapaian ini adalah 112 peratus daripada sasaran yang telah ditetapkan dan kerajaan yakin kejayaan ini boleh diulangi dengan sasaran yang lebih tinggi bagi tahun 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.


(Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC) di Putrajaya hari ini)

Tambah beliau, mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC) hari ini telah membincangkan program serta inisiatif yang telah dan akan dijalankan oleh agensi pelaksana untuk mencipta peluang pekerjaan bagi Keluarga Malaysia.

NEC juga membincangkan strategi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Sistem kuota dan Multi-tier Levy (MTL) merupakan langkah yang boleh diambil dalam menangani isu tersebut selain sokongan daripada pihak majikan bagi mengimbangi impak kekurangan tenaga kerja pasca pandemik

Media Baharu