JAKIM siasat dakwaan kesilapan ayat al-Quran dalam buku pempengaruh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan/Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kesilapan penulisan ayat al-Quran dalam sebuah buku hasil karya seorang pempengaruh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hasil siasatan akan diteliti sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.
  • Nasihat kepada penulis supaya berpegang kepada disiplin ilmu, keaslian dan kesahihan kandungan karya agama.
  • Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat kandungan agama yang meragukan kepada JAKIM untuk tindakan sewajarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya akan meneliti hasil siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

“JAKIM sudah pun menjalankan siasatan dan kita akan melihat apakah tindakan yang boleh diambil. Pada masa sama, saya ingin menasihatkan semua penulis dan mereka yang berkarya supaya berpegang kepada disiplin ilmu serta sentiasa menjaga aspek keaslian dan kesahihan agar setiap karya yang dihasilkan menepati ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 2026 di ibu negara.

Dr. Zulkifli berkata, usaha menggalakkan penerbitan karya berunsurkan agama perlu diseimbangkan dengan pematuhan terhadap disiplin ilmu serta kesahihan kandungan.

Beliau turut menggesa orang ramai yang menemui kandungan penerbitan agama yang meragukan supaya menyalurkan maklumat kepada JAKIM bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.