fb fb fb fb fb

Jadikan 'adab berbeza pendapat' asas lontar pandangan menerusi media sosial

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Adab berbeza pendapat perlu menjadi asas dalam melontarkan pandangan menerusi media sosial.

Ini bagi mengurangkan perkongsian berbaur negatif yang memberi implikasi kepada perpaduan dan kesatuan masyarakat.

Jelas Pengarah Pusat Kajian Syarak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran, setiap pandangan yang diutarakan perlu berlandaskan hujah dan bersifat ilmiah.

"Jadi kita kena berfikiran yang bersifat bertanggungjawb berdasarkan dalil dan hujah bersifat ilmiah dan positif dalam konteks kita menyampaikan pandangan isya-Allah media sosial akan jadi medan terbaik untuk kita bincang banyak perkara dan mendapat manfaat yang besar daripadanya," kata Mohd. Farid ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

(Pengarah Pusat Kajian Syarak Institut Kefahaman Islam Malaysia, Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran)

Beliau turut mengajak masyarakat menyertai Kongres Nasional 'Islam, Keluarga Malaysia dan Keharmonian: Membina Agenda Kalis Cabaran Masa Depan'.

Antara objektif kongres ialah menyusun tindakan dan mengenal pasti dasar ke arah mengekalkan keharmonian negara.

Forum itu yang diadakan secara hibrid pada 19 hingga 20 Mei juga boleh disertai menerusi Laman Facebook IKIM.

 

Media Baharu