Komander Hamas, antara lima korban terbaharu Israel

Foto REUTERS

BAITULMAQDIS, 29 April – Serangan Israel ke atas Gaza pada Selasa mengorbankan lima orang, termasuk seorang komander Hamas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Iyad al-Shanbari dan anaknya Salah.
  • Seorang kanak-kanak sembilan tahun, Adel al-Najjar, maut dalam serangan dron dan tembakan artileri di timur Khan Yunis.
  • Walaupun gencatan senjata sejak Oktober, keganasan berterusan; Kementerian Kesihatan: sekurang-kurangnya 818 Palestin dan lima tentera Israel maut.

Sumber keselamatan Gaza mengenal pasti mangsa sebagai Iyad al-Shanbari dan anaknya, Salah.

Sehingga kini, belum ada reaksi segera daripada Hamas.

Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun, Adel al-Najjar turut terbunuh dalam serangan dron Israel yang dilancarkan serentak dengan tembakan artileri di timur Khan Yunis.

Agensi pertahanan awam Gaza pula memaklumkan, empat orang maut manakala enam lagi cedera apabila sebuah dron melepaskan dua peluru berpandu ke arah sebuah kereta di kawasan kejiranan Al-Rimal di bahagian barat Bandar Gaza.

Walaupun gencatan senjata telah dipersetujui pada Oktober lalu, wilayah Palestin itu masih dilanda keganasan setiap hari apabila tentera Zionis terus-menerus melancarkan serangan.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 818 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata bermula.

Dalam tempoh sama, Israel mendakwa lima askarnya turut terbunuh di Gaza. -AFP