(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Perasmian
Penutupan Ekspresi@Finas di Studio Merdeka Finas/BERNAMA)
HULU KELANG, 24 Oktober- Cadangan pelantikan tiga Timbalan Perdana Menteri hanya akan diputuskan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Fokus parti itu ketika ini adalah memenangi PRU ke-15.
Tambahnya jika dilaksana, pemilihan calon TPM akan diusul oleh negeri yang terlibat.
"Biar kita menang pilihan raya dulu kalaulah perkara ini dalam manifesto tentu sahaja kita akan pastikan ia akan dilaksana walau bagaimanapun kita tunggu menang dulu," kata Ismail Sabri selepas merasmikan Majlis Penutup Program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia EKSPRESI@FINAS di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya sudah terdapat calon dari Sabah dan Sarawak untuk jawatan TPM.
(Datuk Seri Ismail Sabri berkata cadangan pelantikan tiga Timbalan Perdana Menteri hanya
akan diputuskan sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15
/BERNAMA)