fb fb fb fb fb

Isu Palestin, PM dedah Malaysia terima ugutan dari pemimpin Eropah

Foto BERNAMA

CYBERJAYA, 25 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Malaysia menerima ugutan daripada pemimpin negara Eropah ekoran kelantangan bersuara isu Palestin.

Tegasnya, Malaysia tidak akan berpatah semangat dan tidak akan menghiraukan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak yang mahu membuat sekatan terhadap negara.

Beliau tidak gentar dengan ugutan pihak menyokong Israel dan terus fokus terhadap tugasnya.

"Ada ahli parlimen Eropah yang bangkitkan. Nanti kita akan beri keterangan jelas berhubung kenyataan-kenyataan mereka dan ada yang usul langsung ke parlimen Eropah. Tidak jadi masalah.

Kita jangan hiraukan soal itu. Kita ada urusan kerja, maka kita teruskan kerja kita," tambah Anwar ketika ditanya selepas merasmikan majlis itu.

Semalam, dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, Anwar mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS).

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM