fb fb fb fb fb

Isu bekalan kelapa sementara, peniaga diingat tidak ambil kesempatan

Jalaludin Alias/RTM

SEREMBAN, 12 Februari- Isu kekurangan bekalan kelapa yang berlaku ketika ini hanya bersifat sementara dan tidak melibatkan pengurangan dalam pengeluarannya, jelas Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaludin Alias.

Menurut beliau, situasi itu dipengaruhi oleh permintaan semasa, namun dijangka kembali stabil dalam tempoh terdekat.

"Ketika bekalan kelapa berkurangan, harganya akan berubah mengikut permintaan. Namun, keadaan ini tidak akan berpanjangan dan dijangka pulih seperti biasa," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan secara tidak munasabah.

"Kita mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan," tambahnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa setakat ini, bekalan kelapa di pasaran masih terkawal dan tidak membimbangkan.

SITI AISHAH MD ISA