Isu air Pahang, 86 peratus kawasan ‘black spot’ berjaya diselesaikan

Foto Hiasan/Bernama

KUANTAN, 15 Mei – Isu bekalan air di Pahang kini menunjukkan perkembangan positif apabila sebanyak 86 peratus kawasan dikenal pasti sebagai ‘black spot’ berjaya diselesaikan setakat ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri dan PAIP melaksanakan inisiatif penambahbaikan untuk memperkukuh sistem bekalan air di seluruh negeri.
  • Kerajaan mensasarkan menyelesaikan 90 peratus kawasan 'blackspot' menjelang penghujung tahun ini.
  • Empat daerah, Kuantan, Temerloh, Bentong dan Raub, telah melepasi tahap 90 peratus penyelesaian.
  • Menurut laporan SPAN, liputan bekalan air luar bandar di Pahang kini mencapai 98 peratus.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu hasil inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan kerajaan negeri bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam memperkukuh sistem bekalan air di seluruh negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail/Foto Bernama

”Kerajaan negeri meletakkan sasaran.Untuk menyelesaikan 90 peratus kawasan ‘blacks pot’ bekalan air.Menjelang penghujung tahun ini.

”Alhamdulillah, sehingga kini sebanyak 86 peratus kawasan ‘blackspot’ di seluruh negeri telah berjaya diselesaikan,dengan 4 daerah telah melepasi tahap 90 peratus iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong dan Raub,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan, berdasarkan laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kadar liputan bekalan air luar bandar di Pahang kini mencapai 98 peratus, antara yang tertinggi di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah diraja pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di di Wisma Sri Pahang, Kuantan.