KUALA LUMPUR, 26 Oktober -Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, meninjau persiapan akhir Program Pasangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung esok di Carcosa Seri Negara.
Walkabout itu turut disertai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, yang bersama-sama meninjau perjalanan persiapan program, termasuk susun atur meja, dekorasi, aktiviti dan persediaan protokol bagi menyambut tetamu kehormat dari negara anggota ASEAN.
Program tersebut menjadi antara acara istimewa bagi meraikan pasangan pemimpin utama dalam suasana santai yang menampilkan elemen warisan Malaysia di lokasi bersejarah itu.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang berlangsung di Kuala Lumpur, menghimpunkan ketua-ketua negara dan kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu serantau termasuk ekonomi, keselamatan dan hubungan luar ASEAN.