
ALOR GAJAH, 25 Mei – Jenazah seorang lagi mangsa insiden kemalangan di Pelantar Sepat, perairan Terengganu-Kelantan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini pada pukul 9.20 malam tadi.
- Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Najihin Padang.
- Suasana pilu di tanah perkuburan dengan hampir 200 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung.
- Jenazah dibawa pulang ke Melaka selepas bedah siasat di HSNZ Kuala Terengganu pada 2.54 petang.
- Kemalangan melibatkan tiga maut dan seorang parah selepas bot penyelamat terjatuh dipercayai akibat tali cangkuk tercabut.
Terdahulu jenazah Allahyarham Ahmad Fiqri Zakaria, 38 tahun, disembahyangkan di Masjid Al-Najihin Padang.
Situasi pilu menyelubungi tanah perkuburan berkenaan yang dihadiri hampir 200 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung.

Jenazah Ahmad Fiqri sebelum itu dibawa pulang ke Melaka selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 2.54 petang tadi.
Media sebelum ini melaporkan tiga pekerja di pelantar minyak maut, manakala seorang lagi parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan.
Kemalangan dipercayai berpunca dari tali cangkuk yang dipasang pada bot itu tercabut secara tiba-tiba sebelum bot bersama semua mangsa terjatuh ke dalam laut.