fb fb fb fb fb

Insentif Caruman Tambahan KWSP, langkah ke arah subsidi bersasar

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Pemberian insentif Caruman Tambahan Kerajaan kepada 1.4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat reaksi positif daripada masyarakat.

Ia membabitkan ahli berumur antara 40 dan bawah 55 tahun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM708 juta.

Rata-rata mereka yang ditemui berpendapat insentif tersebut merupakan antara langkah kerajaan ke arah subsidi bersasar.

"Saya rasa ini memang satu langkah untuk mengurangkan beban. Sara hidup mereka pada masa ini bukan sahaja untuk pembiayaan sendiri, tapi untuk satu simpanan. Sebab ini khusus kepada mereka yang kurang daripada RM 10,000 dalam akaun 1 mereka dan ini akan mendapat manfaat kepada lebih 1.4 juta ahli.

"Jadi ini satu pengubahsuaian yang baik untuk langkah kerajaan untuk membantu mereka yang betul-betul memerlukan. Ini langkah untuk subsidi bersasar ", kata Datuk Dr At Kumararajah.

"Bagi saya itu adalah benda baik sebab sebagai mana kita tahu kos hidup semakin meningkat. Jadi ia membantu, mungkin kurang tabungan atau pun sebelum ini mereka boleh keluar tabungan KWSP. Jadi orang kata ada 'top up', itu adalah benda yang bagus dari pihak kerajaan", ujar Farhana Zulkifli.

"Ini bagus, pada saya ini adalah seperti bantuan bersasar sebab untuk umur 45 ke atas dan saya rasa bantuan kepada RM500 mungkin tidak banyak, tapi saya rasa ia sangat membantu", kata Ian semasa ditemui RTM di ibu negara.

ROSLINA BINTI DIN