fb fb fb fb fb

Hujan lebat beserta angin kencang, lebih 50 kediaman rosak

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos- Hujan lebat beserta angin kencang sekitar Dungun di kawasan Bandar Al-Muktafi Bilal Shah dan Bandar Bukit Besi semalam mengakibatkan lebih 50 kediaman rosak.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menerbangkan bumbung rumah penduduk selepas dilanda angin kencang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Dr Seri Ahmad Said berkata, insiden ini adalah kali pertama berlaku di kawasan Daerah Dungun.

Lima taman perumahan terlibat iaitu Taman Mulia, Taman Indah, Taman Abadi, Taman Setia dan Taman Madani dan Kampung Besol, Bukit Besi.

"Di Bandar Al-Muktafi Bilal Shah ada 40 buah rumah, bermakna semua RM30,000 dibelanjakan oleh KETENGAH dalam program tanggungjawab korporatnya untuk membantu meringankan beban mangsa ribut ini", katanya.

Pihak KETENGAH sedang membuat bancian bagi mendapatkan anggaran sebenar kerosakan agar bantuan susulan membaiki kediaman terjejas dapat disegerakan.


(Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH),
Datuk Dr Seri Ahmad Said)

Media Baharu