fb fb fb fb fb

Hujan lebat berterusan diramal landa tiga negeri hingga esok

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 29 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan dijangka melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga esok.

MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pahang serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

"Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang hingga esok.

"Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor juga diramal mengalami keadaan cuaca sama," menurut MetMalaysia.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat.

TETITIA YUSOFF