PUTRAJAYA, 8 Januari - Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak.
MetMalaysia menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada 12 tengah hari tadi, memaklumkan hujan berterusan dijangka bermula Selasa ini pada 11 Januari sehingga 13 Januari depan.
Amaran tahap waspada atau kuning melibatkan 10 daerah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).