
JOHOR BAHRU, 13 Oktober – 13 Pusat Kawalan Daerah (DCC) PDRM diaktifkan bermula semalam, susulan kerajaan negeri mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
- DCC diaktifkan untuk memantau situasi jerebu di setiap daerah.
- Kereta peronda dan rondaan bermotosikal diteruskan untuk keselamatan dan ketenteraman awam.
- Semua anggota bertugas diwajibkan memakai pelitup muka yang dibekalkan.
- Penugasan diatur secara penggiliran, anggota yang mempunyai masalah kesihatan dikecualikan daripada tugas lapangan.
Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad memberitahu pengaktifan DCC bertujuan memantau situasi jerebu di daerah masing-masing.
“Dari segi penugasan di lapangan penugasan trafik, kereta peronda juga rondaan-rondaan bermotosikal dilaksana seperti biasa kerana melibatkan keselamatan juga ketenteraman awam di negeri ini.
“Semua anggota yang bertugas di lapangan juga diwajibkan memakai pelitup muka yang dibekalkan, selain penggiliran penugasan dengan mengecualikan anggota polis yang
mempunyai masalah kesihatan untuk bertugas di lapangan,”katanya selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru.