fb fb fb fb fb

Hujan berterusan dijangka di Sarawak & Sabah, 27-30 Januari- METMalaysia

Foto hiasan

PETALING JAYA, 24 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula 27 hingga 30 Januari.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman,Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Selain itu, turut terlibat kawasan Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru,Miri dan Marudi)

Cuaca sama turut dijangka melanda negeri Sabah pada 27 hingga 29 Januari melibatkan Pantai Barat (Ranau & Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran & Sandakan) dan Kudat.

Orang awam juga dinasihatkan dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

ROSLINA BINTI DIN