fb fb fb fb fb

Henti perbuatan menghasut, dukung prinsip Rukun Negara

( Foto Istana Negara)

KUALA LUMPUR, 30 November- Majlis Raja-Raja mengarahkan gejala hasutan perkauman dan agama dihentikan serta-merta.

Sebaliknya semua pemimpin digesa memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 bertitah kerajaan baharu perlu memainkan peranan memupuk semangat perpaduan.

"Peluang yang ada perlu dimanfaat sebaik mungkin bagi memacu negara ke tahap lebih baik.

"Perkara itu boleh direalisasi dengan mendukung dan memperkukuh prinsip Rukun Negara," titah Tuanku Mukhriz.

Baginda mencadangkan lafaz ikrar Rukun Negara terus dilaksana dari semasa ke semasa dengan diketuai pemimpin yang dilantik dan bukan lagi golongan belia yang bersuara lantang.

Tuanku Mukhriz bertitah demikian menerusi perutusan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang berlangsung di Istana negara.

(Majlis Raja-Raja mengarahkan gejala hasutan perkauman dan agama dihentikan serta-
merta/Istana Negara)



Media Baharu