fb fb fb fb fb

Garis panduan penggambaran filem sedia ada masih terpakai

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

ISKANDAR PUTERI, 11 Mac- Garis panduan dan syarat penggambaran filem sedia ada masih terpakai bagi syarikat produksi luar negara yang mahu membuat penggambaran di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyemak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk melonggarkan syarat berkenaan.

"Kita kena seimbangkan antara keperluan dan kesesuaian undang-undang sedia ada dan kita perlu cara jalan ke depan.


(Foto hiasan)

"Jadi insha-Allah, saya sedia untuk mendengar apa yang perlu kita teliti dan buat keputusan kemudian. Ia melibatkan banyak perkara seperti isu kewangan. Di pihak produksi tidak semestinya, di pihak kita dan ini dalam mana-mana produksi ini banyak faktor bukan satu faktor sahaja', katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke Iskandar Malaysia Studio (IMS) di Iskandar Puteri, Johor. 

Beliau turut berpuas hati dengan penyelenggaran dan fasiliti di Iskandar Malaysia Studios (IMS) yang menjadi studio terbesar dan penting di negara ini.

Ia dijangka menarik banyak syarikat produksi antarabangsa dari asia dan eropah yang akan memulakan penggambaran pada Mei dan Jun depan.

Media Baharu