fb fb fb fb fb

Garis panduan JPPH tentukan kaedah bayaran pampasan orang asli

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Garis Panduan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) akan diguna pakai dalam menentukan kaedah pembayaran pampasan kepada orang asli apabila berlaku isu pengambilan tanah.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata sebarang projek pembangunan kerajaan atau swasta yang melibatkan kawasan penempatan dan pertanian orang asli akan sentiasa mengambil kira kebajikan masyarakat itu.

"Kaedah bayaran pampasan atau ganti rugi bagi sebarang pengambilan tanah melibatkan tanah yang diduduki orang asli adalah berpandukan kepada Seksyen 11 dan 12, Akta Orang Asli 1954 dan Akta Pengambilan Tanah 1960.

"Kementerian Kewangan sebagai asas pertimbangan bayaran pampasan atau ganti rugi. Setelah persetujuan semua pihak yang berkepentingan, bayaran pampasan akan dibayar terus kepada orang asli yang terlibat," kata Rubiah ketika menjawab soalan dikemukakan Senator, Manolan Mohamad pada persidangan Dewan Negara di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM