fb fb fb fb fb

Gangguan isyarat telekomunikasi di sempadan negara akan diselesaikan

Teo Nie Ching

JOHOR BAHRU, 6 April- Kerajaan akan meminimumkan gangguan isyarat talian telekomunikasi yang berlaku di kawasan sempadan negara termasuk di Tambak Johor.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, perkara itu memerlukan masa untuk diselesaikan kerana ia melibatkan dua buah negara. 

Bagaimanapun Malaysia dan Singapura mempunyai persefahaman untuk meminimumkan gangguan berkenaan meskipun sukar untuk mendapatkan satu penyelesaian yang kekal.

Pihaknya akan berbincang dengan Singapura sekiranya terdapat laporan gangguan yang semakin teruk daripada masyarakat kerana ia bukan satu isu yang baru.

"Jadi ini sebenarnya proses berterusan untuk memastikan gangguan ini boleh diminimumkan. Tetapi ia bukan satu penyelesaian yang mudah.

"Gangguan itu akan menyebabkan ia sampai ke sebelah sana apabila ia dikuatkan. Jadi sangat penting kedua-dua pihak duduk berbincang untuk memastikan gangguan itu diminimumkan bagi kebaikan kedua-dua negara," katanya semasa menghadiri Program Tambak Riuh Beraya di Jalan Dato Onn di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI