fb fb fb fb fb

Gangguan elektrik: DBKL arah warden trafik awasi jalan utama

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Pengguna jalan raya di ibu negara diingatkan untuk berhati-hati berikutan lampu isyarat di sekitar ibu negara tidak berfungsi akibat bekalan elektrik terputus.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, pengguna jalan raya diminta berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.

"Bekalan eletrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus termasuk Kuala Lumpur.

"Insiden ini menyebabkan lampu isyarat di sekitar Kuala Lumpur tidak berfungsi dan mengalami gangguan," katanya pada Rabu.

Tambahnya, petugas Warden Trafik DBKL telah diarahkan untuk mengawal dan mengawasi trafik di jalan-jalan utama.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, DBKL turut memaklumkan menerusi Facebook berhubung gangguan operasi capaian laman web dan sistem aplikasi pihaknya.

"Dimaklumkan bahawa semua pengguna DBKL sedang mengalami gangguan bagi capaian sistem aplikasi dan laman web DBKL disebabkan masalah teknikal.

Pihak vendor sedang mengambil tindakan lanjut untuk mengatasi masalah teknikal tersebut dan akan dimaklumkan semula sekiranya gangguan tersebut telah diselesaikan.

"Segala kesulitan amatlah dikesali,"

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

Sekitar tengah hari ini, beberapa negeri di Semenanjung melibatkan kawasan tertentu turut dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik

Selain Lembah Klang, gangguan turut berlaku di Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Pahang.

Pada masa sama, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline menerusi catatan di Facebook memaklumkan, pasukan teknikal sedang mengenal pasti punca kejadian dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan elektri.

Media Baharu