fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air di Johor Bahru dan Iskandar Puteri pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air di Johor Bahru dan Iskandar Puteri pulih sepenuhnya

JOHOR BAHRU, 24 Mei - Bekalan air melilbatkan Johor Bahru dan Iskandar Puteri pulih sepenuhnya, selepas mengalami gangguan bekalan air sejak Selasa lalu.

Ketua Pegawai Operasi Ranhill SAJ, Khairul Effendy Tusam berkata, kejadian luar jangka yang berlaku itu berpunca daripada kebocoran paip air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor.

Menurut beliau, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk meneliti setiap aspek teknikal serta penjagaan berkala semua peralatan dalam sistem pemprosesan dan jajaran paip air loji tersebut.

Setiap maklumat dan data yang diperoleh akan digunakan bagi mengemas kini dan menaik taraf operasi bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Selasa lepas, kerosakan luar jangka melibatkan pam utama LRA yang memproses air mentah Sungai Johor telah mengakibatkan agihan lebih 318 juta liter air terawat sehari bagi kawasan Johor Bahru dan Iskandar Puteri terputus.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE