fb fb fb fb fb

Enam sungai Pahang catat paras bahaya setakat 11 pagi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Enam sungai yang meliputi tiga daerah di Pahang melepasi paras bahaya setakat pukul 11.00 pagi tadi berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menurut laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my, di Maran, Sungai Pahang di Lubok Paku merekodkan bacaan 19.1 meter (m).

Aras air di Sungai Luit di Kampung Subuh di daerah maran turut meningkat kepada 27.68.

Di Pekan pula, Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pahang di Paloh Inai pula masing-masing merekodkan bacaan 17.7m dan 11.37m.

Sementara di Rompin, Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat merekodkan bacaan 10.65m dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, merekodkan bacaan 12.52m.

Selain itu, empat sungai di Pahang merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

Manakala 16 lagi sungai di negeri itu merekodkan bacaan waspada.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM