fb fb fb fb fb

Enam agenda diperkenal KPM bagi sokong hala tuju negara

Wong Kah Woh (dua kiri) pada Program KPM@Labuan di Ujana Kewangan Labuan, Labuan, hari ini

LABUAN, 7 Jun- Sebanyak enam agenda dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menyokong hala tuju negara termasuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa English.

Agenda lain adalah pendidikan digital; pemerkasaan kurikulum sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM); Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); peluasan dan pengukuhan prasekolah; serta pelan pendidikan dan kurikulum prasekolah.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, KPM telah menubuhkan enam pasukan khas bagi merealisasikan hasrat itu, seterusnya menambah baik akses pendidikan secara berterusan.

Katanya Labuan merupakan wilayah unik dengan kedudukan strategik dan mempunyai potensi besar dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang.
 
Beliau berkata demikian pada program KPM@Labuan yang berlangsung di Ujana Kewangan Labuan dekat sini.
 
Pada majlis itu turut disampaikan sumbangan wang tunai kepada seramai 10 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dalam kalangan B40.
 
Selain itu, penyampaian tablet juga diberikan kepada 10 murid sekolah rendah melibatkan Sekolah Kebanysaan (SK) Pantai dan SK Tanjung Aru.

SITI AISHAH MD ISA