fb fb fb fb fb

Elak aktiviti luar ekoran cuaca panas

FOTO RTM

GEORGE TOWN, 1 Jun - Orang ramai disaran mengelakkan aktiviti luar atau kawasan awam, ekoran suhu purata di Pulau Pinang mencapai hampir 32 darjah Celcius.

Cuaca panas terik dan kering sejak kebelakangan ini mempunyai pelbagai risiko kepada kehidupan seharian, selain berupaya menjejaskan tanaman dan masalah bekalan air.
 
Tinjauan kru RTM sekitar George Town mendapati orang ramai mula mengambil iktibar hasil daripada keadaan cuaca dan mengehadkan pergerakan.

Seorang warga Pulau Pinang Dr Hussaini Zaini berkata, "Setiap rakyat perlu tahu keadaan kini, kita perlu minum banyak air dan juga berlindung sebab kepanasan itu amat tinggi."

Sementara seorang lagi warga tempatan Nasir Mohideen menyarankan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pada petang.

"Kalau boleh riadah pada waktu petang berhentikan dahulu buat sementara waktu. Buat yang perlu pada waktu senja. Kemungkinan cuaca panas ini akan memudaratkan kesihatan kita." katanya.
 
Di kawasan tumpuan awam seperti Padang Kota Lama, penggunaan topi kepala dan payung semakin digunakan ekoran bahang panas.
 
Orang ramai digalakkan mengurangkan aktiviti luar sekiranya tiada keperluan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ